nenek,
sejak aku lahir didunia ini
Kaulah yang menjagaku,
kau juga melindungiku
setiap kali aku merintih
kaulah yang menenangkanku.

nenek,
umurku semakin meningkat,
kau bisikkan padaku
bahawa engkau mahukan kejayaan dari cucu-cucu mu,
setiap titisan air mata yang mengalir dipipi
tidak dapat ku balas dengan berjuta intan permata

nenek,
kau mencari kebahagiaan
untuk mencurahkan kasih sayang kepada cucu-cucu dan anak-anakmu
setiap doa
setiap nasihat
setiap perkataan yang menyedarkan aku
menunjukkan bahawa nenek sangat menyayangi aku
tetapi aku tidak sedar
aku anggap itu hanya bebelan semata-mata
aku anggap itu cuma perbualan kosong.

nenek,
setiap kali aku mendengar nasihat dikau
aku sedar
betapa beruntungnya aku dikurniakan seorang insan yang sangat penyayang
iaitu NENEK

nenek,
aku amat hargai jasamu,
aku berjanji
apabila aku sudah berjaya kelak
aku akan membuat nenek bahagia
kerana aku berjaya atas doa-doa yang nenek titipkan
Ya Allah, Kau panjangkanlah umur dia
sehingga dia dapat melihatku dan saudara-saudaraku
berjaya.
terima kasih kerana Kau kurniakan


AMEER SAYANG NENEK :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment